Santai Bersama di Restoran Aroma Ikan Bakar.

Bertemakan Hijau dan malar hijau(Evergreen), seluruh dewan makan dipenuhi dan diwarnai dengan pelbagai ragam dan stail tersendiri yang mana seluruh warga kerja Arena Energy Sdn. Bhd. dan para tetamu menjiwai tema yang dipilih pada tahun ini. 

 

Majlis berkenaan bermula kira-kira pada jam 5.00 petang apabila Pengarah Urusan, Ahmad Hafifi dan Ahli Jawatan Tertinggi Syarikat Abdul Halim, Mohd Fadzel, Aliff, Masri Saparni, dan Abdul Rahman tiba di Restoran Aroma Ikan Bakar serta disusuli oleh para tetamu. Majlis dimeriahkan dengan kehadiran Dato' Mansor Senapi selaku pengacara majlis, para tetamu tidak kering gusi dengan celoteh santai daripada beliau.

 

Tepat jam 5.15 petang,Pengasas Syarikat Tuan Haji Abdul Rashid dan keluarga kerana sudi menghadiri memeriahkan majlis pada tahun ini.

Di samping itu, para tetamu turut dihiburkan dengan celoteh Dato' Mansur yang sememangnya cukup serasi serta berjaya menggamatkan suasana di dalam Dewan Makan Aroma Ikan Bakar dengan usikan dan lawak spontan beliau. Para teramu teruja didengan hadiah misteri yang disediakan oleh para urusetia.

.

Para kakitangan dan tetamu disajikan dengan masakan ala -thai, ikan bakar, sotong goreng tepung, udang masak butter dan pelbagai lauk-pauk yang cukup membuka selera.

 

Tidak ketinggalan, 20 kakitangan Arena Energy yang bertuah berjaya membawa pulang pelbagai hadiah menarik selepas dipilih sebagai pemenang bagi acara cabutan bertuah.

 

 

 

 

Majlis berkenaan melabuhkan tirai dengan Ucapan dari Tuan Haji Rashid dan Solat Maghrib Berjemaah.

 

Please reload

Recent Posts

Please reload

Archive

Please reload

Tags

Please reload

 

+603 8920 8682

+603 8922 9682

Lot 1099, Jalan Reko, 43000 Bangi, Selangor, Malaysia.

©2016 BY ARENA ENERGY. PROUDLY CREATED WITH WIX.COM