Recent Posts

Archive

Tags

Kursus Pegurusan Jenazah Anjuran Arena Energy Sdn. Bhd.

2 November 2017 – Program Pengurusan Jenazah bagi peserta Staff Arena Energy Sdn. Bhd. telah diadakan dengan jayanya bertempat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya pada jam 9.00 pagi. Tujuan program ini diadakan adalah untuk menyiapkan pelatih-pelatih dengan ilmu Fardhu Kifayah secukupnya dalam menguruskan jenazah antaranya cara mandi, mengapan, sembahyang dan cara-cara pengebumian. Pihak penganjuran juga berharap sifat insaniah yang lahir dalam diri pelatih-pelatih akan membentuk diri untuk membantu masyarakat dalam menguruskan jenazah.

Jam 3.45petang Majlis Kursus Pengurusan Jenazah telah pun sampai ke penghujungnya dan sesi ke liang lahad bagi semua peserta dilakukan. Semua peserta telah memberi komitmen yang tinggi terhadap penumpuan kursus jenazah di surau ini dan mereka berpuas hati terhadap penerangan dan tunjuk ajar yang dijalankan oleh kedua-dua tenaga pengajar kursus.