Kursus Pegurusan Jenazah Anjuran Arena Energy Sdn. Bhd.

2 November 2017 – Program Pengurusan Jenazah bagi peserta Staff Arena Energy Sdn. Bhd. telah diadakan 
dengan jayanya bertempat
di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin  Putrajaya pada jam 9.00 pagi. Tujuan program ini diadakan adalah untuk menyiapkan pelatih-pelatih dengan ilmu Fardhu Kifayah secukupnya dalam menguruskan jenazah antaranya cara mandi, mengapan, sembahyang dan cara-cara pengebumian. Pihak penganjuran juga berharap sifat insaniah yang lahir dalam diri pelatih-pelatih akan membentuk diri untuk membantu masyarakat dalam menguruskan jenazah.

 

 

 

 

 

 

 

 Jam 3.45petang Majlis Kursus Pengurusan Jenazah telah pun sampai ke penghujungnya dan sesi ke liang lahad bagi semua peserta dilakukan. Semua peserta telah memberi komitmen yang tinggi terhadap penumpuan kursus jenazah di surau ini dan mereka berpuas hati terhadap penerangan dan tunjuk ajar yang dijalankan oleh kedua-dua tenaga pengajar kursus.

 

 

 

 

 

 

Dengan ini berakhirlah Kursus Pengurusan Jenazah. Ucapan penutup oleh Pegawai Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga kepada semua peserta dan tenaga pengajar kerana telah berjaya menjalankan kursus dengan jayanya. Pengerusi juga menyarankan agar kursus-kursus sebegini kerap diadakan bagi melatih dan mendidik anak-anak dan pelatih mendalami ilmu-ilmu fardu kifayah, agar wujudnya pelapis yang boleh mengambil alih tugas yang menjadi tanggungjawab semua masyarakat. Sijil penghargaan disambut oleh Dato' Mansor Senapi dan terima kasih kerana telah banyak membantu melancarkan program ini. Ribuan terima kasih kepada Tuan Haji Abdul Rashid, pengasas Arena Energy Sdn. Bhd penyumbang dana bagi program kursus, kepada  peserta dan kepada semua yang terlibat mahu pun secara langsung atau secara tak langsung dalam program yang dilaksanakan.
Selepas solat Asar berjamaah semua peserta dan penceramah dijemput menjamah hidangan minum petang dan bersurai.

 

 

Please reload

Recent Posts

Please reload

Archive

Please reload

Tags

Please reload

 

+603 8920 8682

+603 8922 9682

Lot 1099, Jalan Reko, 43000 Bangi, Selangor, Malaysia.

©2016 BY ARENA ENERGY. PROUDLY CREATED WITH WIX.COM